Saturday 5 December 2015

Sejarah Seni (Kraf)

Untuk pengetahun semua, Kraf merupakan salah satu Subjek di dalam Matapelajaran Pendidikan Seni yang terdapat di Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Seperti yang dijanjikan kini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah seni dan untuk kali ini saya memilih untuk menceritakan tentang Sejarah Seni (Kraf) terlebih dahulu.

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air. Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata. Tahun 1930, sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan. Buat pertama kalinya hasil kraf negara dipasarkan di bandar-bandar dan Singapura. Inilah detik perkembangan seni kraf tempatan.


1 comment: