Sunday, 6 December 2015

Jenis-Jenis Batik

Batik mempunyai beberapa jenis yang berbeza. Namun begitu, untuk entri kali ini saya hanya akan berkongsi empat (4) jenis batik sahaja. Mari kita rungkai satu persatu jenis batik tersebut.

1. BATIK  COP/BATIK TERAP/BLOK

·        Batik Blok merupakan batik yang mempunyai corak pengulangan yang sama, yang diterap daripada blok kayu atau tembaga yang telah diukir.Tumpuan jenis batik ini adalah pada batik sarung atau kain untuk pakaian seragam. Ia timbul di sekitar tahun 1920, apabila Haji Che Su Ibrahim (di Kelantan) dan Haji Ali (di Terengganu)bereksperimentasi dengan blok kayu untuk mencetak corak. Di perkembangan awal,blok dibuat menggunakan kayu dengan kemudian perkembangan membawa kepada penggunaan blok tembaga.







2. BATIK TULIS/BATIK CANTING/BATIK CONTENG

·        Perkembangan batik ini bermula disekitar 1960-an. Batik yang dilukis menggunakan canting telah diperkenalkan oleh Chuah Theah Teng dan batik tulis mula diindustrikan sekitar 1970-an. Batik ini dipercayai warisan daripada Jawa (Kraton) kerana menggunakan kaedah sama, canting. Canting merupakan bekas tembaga untuk menakunglilin cair yang panas yang akan digunakan untuk melukis pada permukaan kain. Kain yang diregang diatas pemidang,dilukis atau dicantingkan, diwarnakan, dikeringkan, dimatikan  warna dan direbus untuk dibuang lilin sebelum dijemur sekali lagi. 




3. BATIK SKRIN/BATIK STENSIL

·        Teknik ini sebenarnya berasal dari Thailand. Di Malaysia, ia dimulakan pada tahun 1933 di Kelantan di dalam pembuatan sarong. Perusahaannya telah dikembangkan oleh Mohd Yusoff dan Haji Che Su. Teknik batik skrin, tidak menggunakan lilin dan menggunakan teknik cetak sutera saring. Perusahaannya menjadi industri kampung selepas Perang Dunia ke-2. Warnanya lebih tahan lama dan tidak luntur. Proses pembuatannya cepat dan harganya lebih murah.




4. BATIK PELANGI

·        Melalui aplikasi ikat dan celup, bekas kain akan menghasilkan kesan lingkaran warna apabila proses pencelupan warna dilakukan. Diperkenalkan di kepulauan Melayu sekitar 1770-an. Perusahaannya di mulakan oleh Batik Munah pelangi di Terengganu pada abad ke-18. Perusahaan menghasilkannya pula telah dipelopori oleh Hj. Che Su bin Hj. Ishak di Kota Bharu (1911). Teknik ini dipercayai bermula dari India. Batik pelangi adalah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan menurut R.O Winsteadt, kain pelangi juga disebut “Rawa” dan ia dibawa ke Singapura oleh penenun Bayan sebelum ditiru oleh penenun tempatan.  


   

No comments:

Post a Comment