Sunday, 6 December 2015

Sejarah Seni (Batik)

Batik merupakan teknik warna dan rintangan yang digunakan oleh banyak masyarat di dunia ini semenjak  di zaman awal ketamadunan  manusia  lagi. Ia diaplikasikan bukan  sahaja diatas  kain, malah misalnya di Peru,teknik batik digunakan untuk mewarnakan barangan seramik, di Timur Eropah, digunakan untuk mewarnakan telur untuk Hari Easter(Easter Eggs) dan di China untuk mewarnakan pakaian.





Sebenarnya asal-usul batik masih menjadi tanya sehingga ke hari ini. Ada mengatakan batik berasal dari India dan ada pula yang mengatakan ia dari Parsi. Pakar Arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir, menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 Masehi lagi. Namun para pengkaji mempercayai ia berasal daripada Kepulauan Melayu  dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat  juga kemungkinan bahawa tiba di Mesir dari Kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecaplilin ke atas kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarawan Winstedt dan Skeat. Seni sebegini tidak pernah terdapat  dalam tradisi budaya India. Teori ini diperkuatkan  lagi dengan perkataan batik itu sendiri berunsur  Melayu dan Jawa iaitu “titik” dan “amba”.  Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada  perkataan melayu yang bererti “titik” dan  jawa “amba” atau “mba” yang ertinya tulis.



Oleh itu, batik bererti menulis titik-titik; iaitu titik-titik dalam ertikata lain ialah bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain.



No comments:

Post a Comment