Saturday, 5 December 2015

Cabang Seni

Seni? Bila bercakap tentang seni, tentunya ramai diantara kita yang membayangkan kertas lukisan, pensil warna dan lain-lain alatan melukis. Namun hakikatnya seni itu sendiri mempunyai banyak cabang yang tidak disedari umum, tidak semestinya lukisan semata-mata sahaja. 


Pernah dengar orang tua berkata tentang 'tangan berseni'? Ya, makna yang tersirat di sini adalah individu yang mempunyai bakat pandai melukis, pandai menjahit, pandai menganyam tikar, pandai membuat pasu daripada tanah liat atau mempunyai apa-apa bakat yang tidak semua orang miliki. Oleh itu dapat kita lihat bahawa cabang seni ini luas sebenarnya. Seni Lukis, Seni Tenunan, Seni Kraf, Seni Batik dan lain-lain. Oh tidak lupa juga Seni Tarian ya.

InsyaAllah, dalam post yang seterusnya saya akan kongsikan Sejarah setiap seni yang saya sebutkan tadi, insyaAllah. Terus sabar menunggu untuk sama-sama merungkai sejarah seni. 

No comments:

Post a Comment