Jika di entri sebelumnya saya bercerita tentang asal-usul sejarah batik secara umum, kali ini izinkan saya untuk berkongsi tentang Sejarah Batik di Malaysia pula.
Sejarah batik di Malaysia mencatatkan
bahawa bermula pada kurun ke-15, Batik
di bawa masuk secara langsung dari
Kepulauan Indonesia dan karya Munsyi Abdullah berjudul “pelayaran Abdullah”,
rakyat Kelantan telah pun memakai batik yang di import dari Indonesia sejak
awal kurun ke-19 yang memakai kain batik Jawa dan Bugis. Kain batik mula dicipta pada tahun
1911 oleh Haji Che Su bin Ishak yang mencipta
selendang daripada batik pelangi yang menggunakan teknik ikat dan celup.
Kain yang digunakan ialah kain sutera tiruan atau kain perier yang di import dari Thailand dan menggunakan pewarna
yang diperbuat daripada buah kayu arang dan kulit kayu yang menghasilkan warna
biru dan hitam sahaja.
No comments:
Post a Comment