Jika di entri lepas kita telah tahu tentang Sejarah Songket, kini kita akan berkenalan dengan Tenunan Songket pula. Kain songket merupakan
tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat
menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa.
Pusat tenunan disemenanjung bermula di
tengganu.Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran kain
tenunan.Tenunan sutera memepunyai corak yang mudah seperti corak muar (susun
melintang dan berdiri) corak bugis (susunan bersegi kecil) corak melintang
tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan
songket dengan corak bintang bertabur, jong sarat, dan teluk berantai.
Nama ‘kain songket‘
berasal dari teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek bunga
(emas) pada tenunan sutera.Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis ,iaitu tekat tiga dan tekat
lima.Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera
dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket.Tekat tiga l tepi lebih
sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus.Penggunaan benang
emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan
menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.Reka bentuk
kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi ayam
(dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain.Antara motif
songket yang dihasilkan dari pada tumbuh- tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga
lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga
setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan bunga delima. Manakala corak
–corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong
wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.
No comments:
Post a Comment