Kalau semua nak tahu, cerita di entri lepas masih belum tamat. Jadi disini saya ada sambungannya.
Pameran
tahunan yang dikelolakan oleh Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaya (MAHA)
memberi ruang pasaran kepada produk kraf. Program MAHA berkonsepkan astaka ini
telah mengenengahkan demonstrasi kraf sebagai aktiviti utama. Negeri-negeri mula
mengambil langkah memajukan seni kraf dengan bermulanya Negeri Kedah menubuhkan
sekolah pertukangan untuk melatih penuntut dalam bidang kraf emas, perak,
mengecap batik, tembikar dan tenunan. Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah memulakan
sekolah tenunan pada tahun 1935 dan 1959 sekolah tenun ditukar kepada Sekolah
Latihan Gadis-Gadis.
Penubuhan
Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) memberi nafas baru kepada
perusahaan kraftangan dengan menyalurkan bantuan kepada pengusaha-pengusaha
luar bandar dalam bentuk kewangan, latihan kemahiran, bahan mentah dan saluran
pasaran. Pada tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi meneruskan
peranan RIDA dan di bawah MARA Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan diwujudkan
pada 1 Januari 1967. Selain saluran bantuan pusat ini berperanan membuat
penyelidikan teknik, rekabentuk dan rekacorak
Tahun-tahun
70an industri plastik mula mewarnai pasaran dunia dan titik inilah bermulanya
kesedaran dan penghargaan terhadap seni ketukangan tanah air. Maka tercetuslah
semangat baru yang optimis terhadap karya-karya seni dimensi baru. Era baru
perkembangan seni kraf ini menimbulkan semangat keusahawanan dan pada masa
itulah tertubuhnya Lembaga Kraftangan Malaysia pada 14 Mei 1973.
Dalam usaha untuk terus meningkatkan industri
kraf tempatan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau Kraftangan Malaysia
telah ditubuhnya pada 1 Oktober 1979 di bawah akta 222. Kini Kraftangan
Malaysia telah mencapai usia 30 tahun.
No comments:
Post a Comment