Sunday, 6 December 2015

Galeri Seni


Seperti yang dijanjikan, kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat semua akan koleksi gambar-gambar seni. Jom kita lihat gambar apa yang ada. Lets check it out!!

Songket :





Proses menenun.



Ini adalah contoh Songket yang telah siap.


Cantik kan? Memang cantik dan berseni. Hanya insan yang berseni sahaja yang mampu menyiapkan tenunan songket ini.



Motif bunga yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Batik :

Proses Mencanting Batik.

Antara koleksi Batik yang telah siap. Sungguh halus dan berseni.





Ukiran Kayu :



Sangat-sangat memerlukan tangan yang berseni, halus dan lembut!


Seni Anyaman :







Koleksi bakul yang diperbuat daripada anyaman rotan.



Seni Logam : 

Saya berpendapat ramai yang tidak tahu bahawa pembuatan logam juga termasuk didalam salah satu cabang seni. Ya, jika individu itu tidak memiliki kepakaran dlm penghasilan logam, tidak mungkin Cincin, Kotak Hiasan dan Kerongsang ini dapat dihasilkan dengan begitu halus dan cantik sekali.




Ok sekian sahaja koleksi gambar yang dapat saya kongsikan dan terbukti seni ini bukan sahaja Melukis atau Lukisan tetapi banyak lagi cabang seni yang kita tidak tahu. 

Kategori Seni

Untuk pengetahuan semua, apa yang saya kongsikan di entri-entri yang lepas hanyalah lebih kepada Seni Tekstil ataupun yang bersifat 2D. Terdapat juga Seni 3D iaitu seperti Seni Ukiran kayu, Seni Logam, Seni Pembuatan Tembikar dan lain-lain. 

Untuk kisah sejarah seni setiap seni di dalam kategori 3D tersebut, saya akan kongsikan di entri-entri yang akan datang. Sebelum itu, saya bercadang untuk berkongsi dengan sahabat semua koleksi gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya untuk tatapan umum. Namun begitu, kesemua gambar tersebut hanya akan saya kongsikan di halaman entri yang akan datang. Saya harap sahabat semua terus sabar menunggu dan sentiasa menyokong halaman blog Perjanan Seni saya ini. 

Jenis-Jenis Batik

Batik mempunyai beberapa jenis yang berbeza. Namun begitu, untuk entri kali ini saya hanya akan berkongsi empat (4) jenis batik sahaja. Mari kita rungkai satu persatu jenis batik tersebut.

1. BATIK  COP/BATIK TERAP/BLOK

·        Batik Blok merupakan batik yang mempunyai corak pengulangan yang sama, yang diterap daripada blok kayu atau tembaga yang telah diukir.Tumpuan jenis batik ini adalah pada batik sarung atau kain untuk pakaian seragam. Ia timbul di sekitar tahun 1920, apabila Haji Che Su Ibrahim (di Kelantan) dan Haji Ali (di Terengganu)bereksperimentasi dengan blok kayu untuk mencetak corak. Di perkembangan awal,blok dibuat menggunakan kayu dengan kemudian perkembangan membawa kepada penggunaan blok tembaga.







2. BATIK TULIS/BATIK CANTING/BATIK CONTENG

·        Perkembangan batik ini bermula disekitar 1960-an. Batik yang dilukis menggunakan canting telah diperkenalkan oleh Chuah Theah Teng dan batik tulis mula diindustrikan sekitar 1970-an. Batik ini dipercayai warisan daripada Jawa (Kraton) kerana menggunakan kaedah sama, canting. Canting merupakan bekas tembaga untuk menakunglilin cair yang panas yang akan digunakan untuk melukis pada permukaan kain. Kain yang diregang diatas pemidang,dilukis atau dicantingkan, diwarnakan, dikeringkan, dimatikan  warna dan direbus untuk dibuang lilin sebelum dijemur sekali lagi. 




3. BATIK SKRIN/BATIK STENSIL

·        Teknik ini sebenarnya berasal dari Thailand. Di Malaysia, ia dimulakan pada tahun 1933 di Kelantan di dalam pembuatan sarong. Perusahaannya telah dikembangkan oleh Mohd Yusoff dan Haji Che Su. Teknik batik skrin, tidak menggunakan lilin dan menggunakan teknik cetak sutera saring. Perusahaannya menjadi industri kampung selepas Perang Dunia ke-2. Warnanya lebih tahan lama dan tidak luntur. Proses pembuatannya cepat dan harganya lebih murah.




4. BATIK PELANGI

·        Melalui aplikasi ikat dan celup, bekas kain akan menghasilkan kesan lingkaran warna apabila proses pencelupan warna dilakukan. Diperkenalkan di kepulauan Melayu sekitar 1770-an. Perusahaannya di mulakan oleh Batik Munah pelangi di Terengganu pada abad ke-18. Perusahaan menghasilkannya pula telah dipelopori oleh Hj. Che Su bin Hj. Ishak di Kota Bharu (1911). Teknik ini dipercayai bermula dari India. Batik pelangi adalah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan menurut R.O Winsteadt, kain pelangi juga disebut “Rawa” dan ia dibawa ke Singapura oleh penenun Bayan sebelum ditiru oleh penenun tempatan.  


   

Batik Di Malaysia

Jika di entri sebelumnya saya bercerita tentang asal-usul sejarah batik secara umum, kali ini izinkan saya untuk berkongsi tentang Sejarah Batik di Malaysia pula. 

Sejarah batik di Malaysia mencatatkan bahawa  bermula pada kurun ke-15, Batik di bawa  masuk secara langsung dari Kepulauan Indonesia dan karya Munsyi Abdullah berjudul “pelayaran Abdullah”, rakyat Kelantan telah pun memakai batik yang di import dari Indonesia sejak awal kurun ke-19 yang memakai kain batik Jawa dan  Bugis. Kain batik mula dicipta pada tahun 1911 oleh Haji Che Su bin Ishak yang mencipta  selendang daripada batik pelangi yang menggunakan teknik ikat dan celup. Kain yang digunakan ialah kain sutera tiruan atau kain perier yang  di import dari Thailand dan menggunakan pewarna yang diperbuat daripada buah kayu arang dan kulit kayu yang menghasilkan warna biru dan hitam sahaja.



Sejarah Seni (Batik)

Batik merupakan teknik warna dan rintangan yang digunakan oleh banyak masyarat di dunia ini semenjak  di zaman awal ketamadunan  manusia  lagi. Ia diaplikasikan bukan  sahaja diatas  kain, malah misalnya di Peru,teknik batik digunakan untuk mewarnakan barangan seramik, di Timur Eropah, digunakan untuk mewarnakan telur untuk Hari Easter(Easter Eggs) dan di China untuk mewarnakan pakaian.





Sebenarnya asal-usul batik masih menjadi tanya sehingga ke hari ini. Ada mengatakan batik berasal dari India dan ada pula yang mengatakan ia dari Parsi. Pakar Arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir, menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 Masehi lagi. Namun para pengkaji mempercayai ia berasal daripada Kepulauan Melayu  dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat  juga kemungkinan bahawa tiba di Mesir dari Kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecaplilin ke atas kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarawan Winstedt dan Skeat. Seni sebegini tidak pernah terdapat  dalam tradisi budaya India. Teori ini diperkuatkan  lagi dengan perkataan batik itu sendiri berunsur  Melayu dan Jawa iaitu “titik” dan “amba”.  Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada  perkataan melayu yang bererti “titik” dan  jawa “amba” atau “mba” yang ertinya tulis.



Oleh itu, batik bererti menulis titik-titik; iaitu titik-titik dalam ertikata lain ialah bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain.



Saturday, 5 December 2015

Pengenalan Tenunan Songket

Jika di entri lepas kita telah tahu tentang Sejarah Songket, kini kita akan berkenalan dengan Tenunan Songket pula. Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Pusat  tenunan disemenanjung bermula di tengganu.Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran kain tenunan.Tenunan sutera memepunyai corak yang mudah seperti corak muar (susun melintang dan berdiri) corak bugis (susunan bersegi kecil) corak melintang tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan songket dengan corak bintang bertabur, jong sarat, dan teluk berantai.

Nama ‘kain songket‘ berasal dari teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.Pada amnya songket terbahagi kepada  dua jenis ,iaitu tekat tiga dan tekat lima.Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket.Tekat tiga l tepi lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus.Penggunaan benang emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi ayam (dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain.Antara motif songket yang dihasilkan dari pada tumbuh- tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan bunga delima. Manakala corak –corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.



Sejarah Seni (Songket)


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semua. Kali ini saya tergerak untuk bercerita tentang Seni Songket pula. Tidak ramai sebenarnya yang dikurniakan bakat menenun songket kerana ianya boleh jadi sesuatu yang agak leceh dalam proses penghasilannya. 

Sejarah di mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (china) membawa maksud yang sama.



Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi , Turki, dan Moghul(india) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya. Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-45.